It's
now officially summer! Alhamdulillah, akhirnya semalam saya dan kawan-kawan
berpeluang untuk berpicnic dekat park, bergolek atas rumput nan hijau dan
bermandikan cahaya matahari. Selama ni tengok je mat saleh-mat saleh kat sini
bersidai (sunbathe) dekat park, semalam turn kitorang pulak. Idea nak
berpicnic dekat park ni muncul masa tengah supper makan cekodok bawang
sambil minum teh dengan housemates saya dua tiga hari lepas. Saya consider
picnic sebab ada beberapa benda yang saya rasa perlu celebrate minggu lepas.
Yang pertama sempena saya, Kak Dil dan Kak Ain dah habis exam, yang kedua sebab
nak welcome housemate baru, Kak Halle yang sebelum ni serumah dengan Kak Ain.
Semua saya panggil kakak kan, yesss..saya jadi adik dekat sini (selepas 20
tahun pegang title Along). Yang ketiga, sebab cuaca sangat cantik, no more
gloomy days, dan kalau tengok weather forecast minggu depan kemungkinan akan
hujan, so ini adalah masa yang terbaik untuk picnic.
Sehari sebelum picnic,
saya dengan Kak Liz keluar pergi beli ayam, sosej dan barang keperluan lain
macam pinggan kertas & cawan plastik. Ohh..nak cakap jugak, hari Jumaat tu
cuaca sangat panas dan tak berangin. The locals kat sini memang suka lah cuaca
macam tu kan, jalan pergi city pun 'berlengging' je. Maka saya pun tak
segan-segan pinjam payung Kak Liz.. Sengih je pakcik teksi tengok saya pakai
payung. Agaknya dia fikir " Tak hujan tak ribut, kenapa budak ni pakai
payung". I don't care, I'm a pure Malaysian, I use umbrella during both
sunny and rainy days. Muehehe. Malam tu kitorang perap makanan tu semua dan
sempat lagi buat karipap. Kak Liz buat doh, saya buat inti, kemudian Kak Liz
gelek tepung, saya dan Kak Nina kelim.
Pagi hari Sabtu, Kak
Nina & Kak Halle pergi beli arang dan Naimie (kawan Kak Nina) tolong hantar
barbeque set dekat park. Lebih kurang pukul 2.30 petang, kitorang pun keluar
rumah, semua pakai sunglasses (panasss seperti di Malaysia) menuju ke rumah Kak
Dil sebelum meneruskan perjalanan ke Platt Fields Park, lebih kurang 10 minit
dari rumah kitorang. Sampai-sampai je dekat park, tengok Kak Nina dah cop spot
yang baik punyaa..kawasan redup bawah pokok yang menghadap tasik. Memang orang
Malaysia betullah, orang lain berjemur bawah matahari, kitorang seboleh-boleh
nak berteduh. Kami orang melayu, kulit kami dah cukup tanned dahh..
Okay, biar gambar pulak
sambung cerita ye, takde ape sangat nak tulis dah...biasalah
aktiviti picnic, bakar-bakar, makan, bersembang, ambik gambar. Saya nak tulis
entry pasal jalan-jalan pulak ;)
The Housemates of Heald Place: Kak Halle, Me & Kak Nina
(Not in the photo: Kak Rabi who is still in London)
Ada notis berbahasa Melayu lah, obvious sangat Rusholme ni juga kawasan Melayu :p
Scenery of Platt Fileds Park
Kak Liz & Kak Ain
Naimie
Kak Dil, Naimie & Me
Kak Liz & Kak Nina
Jacob